Share Button

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah dan juga terima kasih kepada penulis, kerana sudi berkongsi dan membukukan ilmu yang boleh saya kategorikan sebagai ilmu “Masterpiece”.

Alhamdulillah, setelah konsisten mengikut formula- formula yang dicadangkan di dalam ebook tersebut, kini banyak urusan kehidupan harian saya dimudahkan oleh-Nya.

Masih saya ingat, sebelum saya mengamalkan teknik-teknik tersebut, saya berada dalam kesesakan hidup sebagai seorang pelajar IPTA. Saya terpaksa curi-curi masak di dalam bilik menggunakan rice cooker kerana ingin berjimat. Syukur, tak lama selepas mengamalkan beberapa perkongsian tersebut,  banyak rezeki masuk.

Antaranya yang paling seronok ialah saya mendapat tawaran wang sara diri daripada MARA tiap-tiap bulan. Tak perlu lagi ikat perut sebab nak jimat duit. Selain itu, ada wang masuk daripada sumber-sumber lain, yang tak pernah saya dapat sebelum ni yang boleh saya katakan rezeki EXTRA.

Sekali lagi penulis telah bukukan ilmu yang lebih advanced daripada sebelum ini iaitu Sistem Menjemput Rezeki yang mana pengisiannya lebih mendalam.

InsyaAllah, saya pasti sesuatu yang sangat best, menarik dan tak terjangka akan berlaku dalam kehidupan anda, sekiranya anda mengamalkan ilmu yang dikongsikan oleh penulis.

Teruskan menulis, teruskan berkongsi, teruskan mengukir legasi yang bermanfaat buat ummah.

– Amirul Iman



Assalamualaikum.. akak sudah baca Sistem Menjemput Rezeki ..subhanallah! Superb! Tahniah sebab keluarkan ebook macam ini. Tak pernah lagi jumpa ebook atau buku yang tulis tentang sistem menjemput rezeki secara terperinci.

Tahniah sekali lagi! Pertama kali baca tidak sabar rasanya hendak tahu lebih lanjut lagi, bagaimana sistem yang sebenarnya menjemput rezeki dalam hidup. Ilmu yang disampaikan sangat bermanfaat dan mudah untuk difahami dan diaplikasi dalam kehidupan seharian.

Tidak sabar hendak aplikasikan lepas ilmu yang diperoleh dalam ebook ini (walaupun ada yang dah buat sebenarnya+ nak kukuhkan lagi amalan menjemput kerezekian). Sebenarnya, selama ini memang tertunggu-tunggu ebook atau buku yang menceritakan tentang, bagaimana menjemput rezeki dalam kehidupan dan mudah untuk diamalkan.

Semoga ebook SMR ini lebih ramai yg memiliki terutama kepada insan yang tengah mencari amalan menjemput rezeki dalam kehidupan. SMR membuka mata bagaimana sistem untuk menjemput rezeki dengan lebih mudah!

Tahniah .. akak doakan agar sistem menjemput rezeki ini dibukukan dan lebih ramai insan yang dapat menjemput rezeki dengan lebih mudah. Insyaallah. Aamiin.

– Hifaadi Mustafa



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.

Beberapa hari lepas, saya alami kebuntuan sampai tidak tahu nak buat apa. Saya amalkan istighfar 1000x seperti yang tertulis dalam ebook. Pagi tadi, saya ke pasar bersama ibu tersayang dan bersedekah RM1 kepada OKU di pasar.

Alhamdulillah, hari ini, saya terima satu whatsapp customer telah bank-in kepada saya. Terima kasih Allah, terima kasih..

– Pembaca SMR



Setiap kata-kata dalam ebook ini amat memuaskan hati saya. Inilah yang saya cari. Ebook ini bukan mengghairahkan kita malah, ebook ini dapat memberikan jalan untuk kembali kepada Allah. Saya sungguh teruja dengan ebook ini.

Hebatnya kuasa Allah. Saya cuba amalkan apa yang ada dalam ebook ini. Alhamdulillah, saya dapat RM100 dengan sehari sahaja.

– Mohd Aizat



Terima kasih banyak-banyak..ebook ini sangat-sangat membantu akak dalam membuat affirmasi. Alhamdulillah, dah faham sangat sekarang. Lepas ini,  akak nak praktikkan.

– Pembaca SMR



Saya amat bersyukur sangat kerana ditemukan dengan SMR ini. Ia merangkumi tindakan dalaman dan luaran yang perlu dipraktikkan bagi menjadi seorang insan itu tahu hala tujuannya bagi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

Kita seringkali didedahkan dengan pelbagai method untuk mencapai kebendaan mahupun spiritual. Dengan SMR saya hanya perlu meletakkan perkara yang sebenarnya kita dah tahu mengikut keutamaannya, ada juga penambahan yang selari dan tidak bercanggah dengan kehendak agama yang perlu kita lakukan.

Alhamdulilah.. dengan setiap ilmu yg saya dapat, saya praktikan satu persatu sehinggalah sekecil-kecil perkara saya dapat merasakan perbezaannya. Rezeki bertambah dalam bulan Ramadhan.

Untung 3 ribu di pasaran saham. Sebelum saya menulis testimoni pun saya dikejutkan dengan broker forex memberi duit RM100 untuk duit raya. Syukrun jazilan.. Anda perlu memilikinya kerana ia merupakan formula atau sistem yang wajib dimiliki oleh setiap individu.

p.s: Saya lebih suka teknik tampal picture dengan menggunakan desktop background.

– Pembaca SMR



Salam.

Terlebih dahulu saya ucapkan banyak terima kasih, kerana sudi terbitkan ebook yang amat-amat bernilai.

Ia amat berguna pada saya yang ketika ini, yang cukup bercelaru dalam mengatur perjalanan hidup terutama berkaitan rezeki dan kewangan. Alhamdullilah penemuan ebook-ebook ini telah membuka semula semangat saya, untuk bekerja keras semula.

– Pembaca SMR



Ikhlas akak mahu beritahu, semenjak khatam ebook SMR dan amalkan beberapa tip, rezeki akak sentiasa ada. Setiap hari akak bersedekah melalui maybank2u, RM2 sehari tetapi Jumaat yang lalu akak bersedekah RM5, Alhamdulillah akak dapat sale hari tu RM390.

Syukur alhamdulillah, sedangkan masa tu duit dalam akaun akak tu cuma ada RM7 sahaja. Terharu sangat. Sekarang kan, hari-hari mesti ada customer order barang. Akak jual produk Skincare Ailin dan join MLM Hai O.

Sebelum ini susahnya nak cari customer. Sekarang customer yang cari akak. Hari khamis (8.8.2013) lalu akak dapat closed projek biz RM3,000. Alhamdulillah. Tip dlm ebook SMR tu, memang excellent. Ruginya sesiapa yang tidak baca.

– Pembaca SMR



As salam, saya ingin cerita sedikit pengalaman saya hari ini (19 Ogos 2013). Semasa sy beli lauk untuk makan tengah hari, saya ternampak bekas derma ‘Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim’. Oleh kerana saya telah baca dan hadam ebook Sistem Menjemput Rezeki, inilah masanya untuk saya mencuba ilmu yang saya korek.

Dengan lafaz bismillah dan selawat 3 kali, saya berniat untuk derma RM2 atas nama Ibu bapa saya dan semata-mata kerana nama Allah. Kemudian, saya masukkan derma tersebut dengan perasaan yang gembira sekali, tanpa mengharap pun balasan Allah.

Petang itu juga saya semak, komisyen affiliate saya: saya berjaya mendapat komisyen affiliate sebanyak RM180 tanpa melakukan promosikan pun hari ni. Tidak lama kemudian, saya mendapat upah pula RM60 pulak untuk servis design freelance saya. Masya-Allah.

Rezeki datang bertimpa-timpa tetapi sy cuma derma RM2 sahaja. Maha Suci Allah. Syukur ya Allah.

Akhirnya saya akur, janji Allah adalah pasti! Setiap derma yang ikhlas pasti akan dibalas. Pasti, pasti, dan semestinya pasti. Terima kasih kerana ebook ini, kalau tidak saya lalai dan kurang ucapkan syukur.

Idham Effendi

Ipoh, Perak



Kagum dan membanggakan.

Saya amat menghormati orang yang berilmu dan mengongsikannya dengan orang lain. Itulah di antara tandanya Allah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu, dan menyebarkannya kepada orang lain dan seterusnya mendapat saham akhirat, insya-Allah.

Saya akui kebenaran ilmu yang terdapat dalam SMR ini.

Maaf saya belum dapat kebebasan masa untuk berkongsi dan berkomunikasi dengan lebih cepat, dan banyak. Itulah di antara sedikit kerugian orang yang makan gaji ni..tak banyak kebebasan masa

Insya-Allah dengan mendapat ilmu dari ebook ini,  saya akan dapat kebebasan masa itu akhirnya, dengan izin-Nya.

Sebenarnya saya faham dan setuju sangat tentang rezeki ini, ia subjektif, bukan hanya wang. Setakat ini saya amat bersyukur dengan redha Allah kepada saya dengan segala rahmat dan nikmatnya. Sekadar permulaan, jumpa lagi

– Zakaria



Assalamualaikum. Kali pertama saya membaca ebook ini, hati saya terbuka untuk bersedekah ke sebuah pusat pertubuhan anak yatim. Saya menggunakan transaksi secara online untuk membuat sumbangan pada jumlah yang saya mampu.

Pagi esoknya, saya menerima khabar gembira. Saya mendapat bayaran daripada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan saya.

Saya amat bersyukur dengan adanya ebook ini dapat mengajar saya dan mengubah sedikit fikiran saya ke arah positif.

Ebook ini juga membuatkan saya lebih yakin untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan saya. Selama ini, saya menyediakan perkhidmatan daripada segi maintenance kerja-kerja sivil, elektrik, membaiki rumah dan menyediakan perkhidmatan memotong rumput.

Dengan adanya ebook ini, saya sangat bersyukur, kerana ia dapat memberi suatu pengajaran kepada saya. Sekiranya penjualan ebook ini dijual di pasaran dengan harga RM200 pun, ia tidak rugi bagi saya.

Saya menyokong karya tulisan ini dan bagi saya, ada 1001 pelbagai rahsia tersendiri dengan ebook ini.

Saya amat bersyukur kerana mendapatkan ebook ini.

– Bob



Syukur allhamdulillah dipanjatkan pada Allah kerana memberi ruang dan peluang untuk akak mendapatkan ebook ini. Akak sudah lama mencari ebook seperti ini. Akak sudah baca kandungan buku ini.

Ia sungguh memberangsangkan. MasyaAllah. Nikmat Allah. Banyak ilmu yang akak peroleh. Penting untuk kita yakin dengan janji Allah.

Setelah akak mengamalkan cara ini, hidup akak lebih tenang, relax. Ketenangan yang hakiki.

Semoga dengan penghasilan ebook ini kita semua dapat ilmu dan manfaat. Ilmu dalam ebook ini boleh digunakan dunia akhirat.

– Zawani Razak



Assalamualaikum..Setelah saya membaca satu persatu ebook sistem menjemput rezeki ini, banyak yang saya dapat belajar untuk perbaiki kehidupan seharian saya.

Dalam tak sedar rupanya saya terlalu banyak alpa tentang nikmat yang diberi oleh ALLAH SWT ini. Kurangnya bersyukur dengan nikmat-Nya walaupun dengan udara disekeliling kita.

Alhamdulillah syukur saya dipertemukan dengan ebook ini. Terima kasih banyak-banyak, kerana menerbitkan Ebook yang banyak mengingati kita kepada Yang Maha Pencipta.

InsyaAllah saya akan amalkan sebaik mungkin apa yang telah diajar.

Semoga kita semua diberkati oleh-Nya. Amin.

Yang Benar,

Badrun Amin



Walaupun saya belum menjumpai produk yang sesuai untuk di pasarkan dalam perniagaan online, tetapi melalui pembacaan separuh daripada buku ebook ini telah memberi saya sumber inspirasi, membantu saya untuk berfikiran positif, dan memotivasikan saya untuk terjun dalam bidang perniagaan.

Ia mencetuskan semangat saya untuk terus berjuang dalam kesesakan wang ketika ini.

Semoga buku ini menjadi platform kepada saya dan memberi manfaat yang besar dalam hidup saya.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana telah menghasilkan buku SMR yang ringkas, mudah di fahami tetapi padat dengan ilmu. Bagi saya buku ini harga cuma RM100 tetapi nilainya berjuta-juta RM.

Inshallah saya sudi memberi testimoni lagi di lain masa akan datang.

 – Faridah



Bismillah… kelebihan istighfar 100x dan solat dhuha, surah al-waqiah. Alhamdulillah saya menerima pendapatan sebanyak 3 Angka hari ini.

Saya dapat hadiah berbentuk wang itu setelah mengikuti suami saya  menghantar guest (Arab) ke Jeti.. Hadiah untuk madam (me) katanya.. 😉

Itu antara amalan untuk menjemput rezeki dengan mudahnya..

Dan secara tak langsung, doa saya untuk mengikuti seminar bisnes secara percuma termakbul..

Alhamdulillah a’la kulli halin..wa astaghfirullah a’ala kulli zanbin..

– Pembaca SMR



Saya syukur amat sangat dapat memiliki dan start praktis tips2 dlm SMR. Alhamdulillah, dgn teknik minda (poster tersebut sangat powerfull) dan tindakan..Kaedah urus kewangan super duper bagus..latihan bersyukur dengan menghadirkan penuh perasaan lafaz Alhamdulillah (sebak), juga istighfar, Selawat, sedekah.

Sebenarnya tak dijangka hasil yg saya dapat..mcm ada dlm Doa yg disebut, buat sikit dapat banyak..tiap2 hari sujud syukur..Doakan saya istiqamah, agar jadi mukminah dan kekal dalam memberi kepada yang memerlukan..Apa yang ada dalam modul SMR begitu tinggi nilainya dengan pulangan yg diperolehi..buat masa ini saya tak mahu nyatakan dlm bentuk figure, tapi cukuplah utk saya nyatakan, ia bertepatan dgn ‘Blessing bertimpa2’..Sujud syukur pada Allah atas segala cinta..Alhamdulillah..

Saya menangis tatkala menulis words ini. setelah baca tips paling awal kejayaan..’niat, redha..’ itu pekara yang paling kuat melekat di fikiran sy..semakin hari saya smakin yakin..Kunci kejayaan bermula dengan mendekatkan diri pada Allah..seterusnya mencari ilmu serta mengamalkan ilmu2 urusan kewangan yg betul..Alhamdulillah..Ameen Ya Rabbul Alamiin..

– Pembaca SMR



Tiada Perkataan atau Ungkapan yang dapat saya Luahkan Disini selain daripada Sujud Syukur Ku PadaMu Ya Allah Kerna menemukan daku dengan karya sehebat ini…

Selepas membaca, mengamati & mengamalkan sepenuh hati…. Saya lalui banyak perkara MAGIC/MUSTAHIL yang tidak tercapai dek akal….

Selepas Resign dari keje lama, saya masih mempunyai Baki cuti tahunan 3 minggu & dibenarkan utk menukar kepada RM. Atas alasan peribadi, ketua saya tidak mengizinkan saya berbuat demikian walaupun pelbagai alasan telah saya berikan.

KECEWA…saya baca kembali ebook ini dan mengamalkan kesemua nasihat & panduan dari Ebook tersebut secara 100% focus & Allah kurniakan saya ilham & beberapa petunjuk…..

Allahuakbar!!!!…selepas seminggu & bertindak mengikut petunjuk tersebut…akhirnya saya Berjaya mendapat berganda daripada apa yang saya mohon.

Saya dibenarkan untuk menukarkan Baki Cuti Tahunan kepada RM dan SAYA DIBENARKAN BERCUTI 3 minggu…Ya Allah….menangis sujud syukur padanya ….

Banyak lagi perkara yang indah terjadi..saya akan update lagi nanti ya…

Terima kasih ya Allah.”

– Pembaca SMR



Alhamdulillah selesai baca ebook SMR

Baru lah saya tahu ciri2 amalan yang berkualiti. Selama ni bile tak faham konsep amalan yang ikhlas. Asal sebut di bibir je. Penulis menyampaikan dengan jelas dan teliti konsep “Allah mengikut prasangka hamba-Nya” atau dalam istilah barat law of attraction. Buku ini saya akan baca baca setiap hari supaya terus konsisten motivasi sendiri dan perbaiki diri.

– Buzz Fx



Share Button